Potato Spring, Spring Potato, Twist Potato, Tornado Potato, Spiral Potato, Kentang Spring - KentangSpring.com

Wednesday, January 6, 2010

Allah tempat meminta

Waktu anak2 saya masih kecil biasanya selepas selelsai solat mereka akan duduk di sekeliling saya. Anak yang paling kecil akan duduk di atas riba, yang lain akan berebut tempat yang paling dekat dengan ibu…..suasana yang begitu manis dalam kehidupan seorang ibu. Kami akan berdoa bersama2 dengan bahasa mudah yang boleh difahami anak kecil. Adakalanya mereka bergilir membaca doa. Biarlah mereka tahu bahawa Allah itu adalah tempat mengadu dan meminta apa saja. Biarlah mereka tahu mereka tidak sendirian kerana ada Allah yang memerhatikan dengan penuh kasih sayang. Setiap pemberian Allah itu perlu disyukuri.

Anak kelima saya yang bernama syakirah, mungkin sesuai dengan namanya, apabila tiba gilirannya berdoa akan menyebut “Terima kasih Allah bagi syakirah rumah ni, terima kasih bagi baju ni, terima kasih bagi gula2 ni, terima kasih bagi penyangkut baju, terima kasih bagi tingkap ni…….” Segala yang nampak disekeililngnya akan disebut dalam doa dan abangnya2 akan gelisah menunggu bila dia hendak berhenti.

Selesai berdoa mereka akan berebut2 masuk ke dalam telekung ibu.

Suatu hari saya memarahi anak bongsu yang berumur 4 tahun yang terlalu susah disuruh makan. Badannya yang kurus melidi membuat saya risau dan saya tidak menyangka dia faham dengan kerisauan saya. Diam2 rupanya dia menyorok dalam almari. Dari luar saya mendengar suara halusnya, “Allah….O Allah….bagilah hanif boleh makan, boleh tak Allah? Bolehlah, ye….ibu sedih hanif tak makan, Bagilah hanif boleh makan, ok, Allah?…kesian ibu. Bagilah ye, ok Allah? Oklah Allah….bye.bye Allah.”

Doa si kecil cukup membuat saya terharu kerana dia sudah dapat menghayati erti Allah tempat meminta.

Kini sikecil itu sudahpun berumur 12 tahun dan membesar dalam suasana yang membuat dia perlu berdoa setiap kali menghadapi maslah. Usia awal ramaja yang sedang mencari identiti diri. Saat2 yang paling genting, penentuan ‘mindsetting’ yang betul untk kehidupan seterusnya. Ibubapa tidak boleh terlalai mendekati mereka melalui komunikasi. Silap komunikasi akan membina jurang perhubungan dengan anak.

Baru2 ini semasa kami berbual2 tentang dia dan temannya2 dia berkata. “Betul kata ibu, kalau doa kita Allah tak makbulkan Allah akan gantikan dengan yang lebih baik. Banyak benda yang mula2 hanif kecewa tak dapat, tapi lepas tu Allah bagi macam2 yang Hanif tak sangka langsung. Hanif cuba bersabar je bila orang buat tak baik pada hanif. Lepas tu Hanif akan dapat ganjaran lain.”

Kini si bongsu baru saja memulakan kehidupan di asrama tanpa ibu di sisi. Semalam kami sekeluarga menghantarnya untuk memberi semangat padanya. Biar dia tahu dia ada keluarga yang sangat menyayanginya. Memang sangat berat berpisah dengan anak. Sebelum ini sudah 5 kali saya lalui suasana sebegini. Namun demi masa depan anak, saya terpaksa merelakan pemergiannya. Dengan penghayatan Allah tempat meminta yang ditanamkan sejak kecil, saya cuba meyakinkan diri bahawa si bongsu ini boleh hidup berdikari selepas ini walaupun selama 12 tahun hidup tidak pernah berjauhan dari ibu.

Saya berpesan padanya,

“Hanif, dalam keadaan apa pun, ingatlah Allah. Allah tempat meminta. Ibu tak boleh bagi apa pun pada Hanif kecuali dengan izin Allah. Tapi Allah tak perlu minta izin pada ibu kalau Dia hendak memberi. Allah saja tempat kita mengadu. Ingat, Allah tempat meminta…”


credit to martinelli


Thursday, December 10, 2009

Dakwah Rasulullah ke Taif

SELEPAS penduduk Mekah menentang Rasulullah, baginda mula risau terhadap keselamatan para pengikutnya. Baginda berusaha mencari tempat baru di luar kota Mekah.

Selepas berbincang, baginda pun memilih Taif yang terletak kira-kira 135 kilometer (km) ke arah Tenggara Mekah.

Baginda berharap para pembesar daripada Bani Thaqif akan menerima baginda dengan baik. Bani Thaqif mempunyai hubungan dengan Bani Hashim, iaitu keturunan baginda. Baginda bertolak ke Taif dengan pembantunya, Zaid bin Harithah. Perjalanan itu mengambil masa selama 10 hari.

Apabila sampai di Taif, mereka sangat kagum dengan keindahan daerah itu. Tanaman hidup subur dan binatang ternakan sangat sihat.

Rasulullah dan Zaid pergi menemui para pembesar daerah itu. Apabila baginda memberitahu niat baginda datang ke Taif, para pembesar segera menghalau mereka.

"Pergi kau dari sini. Kami tidak menyediakan tempat untuk orang seperti kau," halau para pembesar. Baginda juga dihina dan dicerca.

Rasulullah menerima cacian tersebut dengan tenang. Baginda tidak menaruh dendam kepada mereka. Para pembesar telah melakukan bermacam-macam perkara untuk menentang Rasullullah daripada berdakwah. Baginda tidak menghiraukan ugutan mereka. Baginda terus menyeru penduduk Taif agar memeluk agama Islam.

Apabila gagal mengusir Rasulullah, mereka menyuruh semua penduduk Taif mengejek dan menghina baginda. Ramai penduduk Taif akur. Apabila Rasulullah dan Zaid lalu di hadapan mereka, mereka akan mengejek baginda.

Namun baginda hanya tersenyum. Ada juga yang kagum dengan kesabaran baginda. Namun bilangan mereka itu kecil sahaja. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa.

Penduduk Taif mencapai kayu dan batu lalu membaling ke arah Rasulullah dan Zaid. "Berlindunglah di belakang saya, Rasulullah," kata Zaid.

Zaid melindungi Rasulullah. Apabila ada kayu atau batu dibaling ke arah mereka, Zaid akan segera menepis.

Beliau mengalami luka parah akibat terkena batu dan kayu yang dibaling itu. Zaid tidak menghiraukan kesakitannya. Kasih sayangnya terhadap Rasulullah melebihi segala-galanya. Rasulullah hanya mengalami cedera ringan sahaja.

Rasulullah dan Zaid berjalan keluar dari Kota Taif dalam keadaan cedera dan keletihan. Baginda kesal dengan sikap penduduk Taif. Selama sepuluh hari baginda berdakwah dan mengajak mereka menyembah Allah, mereka masih enggan.

"Ya Allah, kepada-Mu aku mengadu. Aku hanyalah hamba-Mu yang lemah. Aku mengaku penghinaan manusia terhadapku," doa baginda sewaktu dalam perjalanan.

Malaikat Jibrail mendengar doa itu. Lalu meminta kebenaran untuk menurunkan bala ke atas penduduk Taif. Baginda tidak membenarkannya.

Baginda berdoa kepada Allah supaya memberikan rahmat dan hidayah kepada orang-orang yang telah menghina dan mencaci baginda.

Begitulah mulianya hati Nabi Muhammad SAW. Walaupun dihina, dikeji, malah dicederakan, baginda tetap mendoakan agar orang yang menganiayai baginda memperoleh kebaikan.

Petikan daripada buku 366 Kisah daripada Al-Quran terbitan Edusystem Sdn. Bhd.

Wednesday, December 9, 2009

Perempuan yang suci

Perempuan yang suci adalah perempuan yang di jaga oleh ALLAH,tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya...Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana Allah untuk menjaga kita?Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita" "Jika ALLAH datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki ,bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijagaNya..Mengapa masih ragu-ragu?" "Kekuatan usah di tunggu tapi harus dicari" Hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan... "Sebesar-besar dosa adalah dosa yang di lakukan ketika rasa berdosa melakukannya" -Imam Ghazali-

Thursday, December 3, 2009

Zuhudnya Nabi s.a.w.

Betapa zuhudnya Nabi kita s.a.w : Lihat & Renung kan, dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad saw telah ditawarkan oleh Allah swt untuk menjadikan Batha` Makkah sebagai kawasan emas yang akan memudahkan dakwah Nabi saw.Nabi saw hanya redha untuk terus hidup bersederhana dengan kata baginda :

Ya Allah aku memilih kenyang sehari dan lapar sehari.Apabila aku lapar, aku akan memohon kepadaMu dengan renda hati dan apabila aku kekenyangan, aku bersyukur dan memujiMu. ( Riwayat Ahmad no 22244, al-Tirmizi no 2347, al-Tabarani no 7835, al-Baihaqi no 1467 , Ibnul Mubarak no 196 )

p/s: hidup sederhana...ikut kemampuan...jgn ikut nafsu..ikut nafsu lesu...

Wednesday, November 25, 2009

Pasti datang

“Dan sungguh, (hari) kiamat itu pasti datang, tidak ada keraguan padanya, dan sungguh, Allah akan membangkitkan siapa pun yang didalam kubur” – Al-Hajj (7)”

p/s: apa persiapan?