Potato Spring, Spring Potato, Twist Potato, Tornado Potato, Spiral Potato, Kentang Spring - KentangSpring.com

Friday, March 20, 2009

Ketahuilah Wahai Wanita

Sekiranya anda menyediakan minuman untuk diminum oleh suamimu, maka pahalanya seperti berpuasa sunat selama setahun.

Sekiranya anda menyedia dan menyiapkan makanan untuk dimakan oleh suamimu, pahalanya haji dan umrah.

Perkhidmatan yang baik yang engkau berikan kepada suamimu, pahalanya tidak putus ganjaran dari Allah.

Sekiranya anda hamil, pahalanya syahid.

Sekiranya anda mandi junub kerana bersetubuh dengan suamimu, pahalanya seperti anda bersedekah 1 000 ekor kambing kepada fakir miskin.

Sekiranya anda memelihara anak dengan baik, ianya menjadi benteng daripada api neraka.

Sekiranya anda memandang suamimu dengan pandangan harmonis, pahalanya seperti anda berzikir kepada Allah.

Seandai anda mati dalam keadaan suamimu redha kepadamu, maka syurgalah tempatmu.

Thursday, February 19, 2009

10 pesanan Imam Syafie rah.

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya.Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

1: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

3 : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5 : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

6: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa,bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

8: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala,bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9: HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

10: HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Sudahkah anda menunaikan SOLAH ? Orang yang solah, telah tegakkan Agama, orang yang tidak bersolah, telah runtuhkan Agama.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

ps:/ pikir-pikirkan lah...

Wednesday, February 4, 2009

10 Tanda Hati Mati

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda hati mati ialah :-

Kamu mengaku kenal ALlah s.w.t., tetapi kamu tidak menunaikan hak-hakNya.

Kamu mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi kamu mengabaikan sunnah baginda.

Kamu membaca al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

Kamu memakan nikmat-nikmat ALlah s.w.t., tetapi kamu tidak mensyukuri atas pemberianNya.

Kamu mengaku syaitan itu musuh, tetapi kamu mengikutinya.

Kamu mengaku adanya nikmat syurga, tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkanya.

Kamu mengaku adanya seksa neraka, tetapi kamu tidak berusaha untuk menjauhinya.

Kamu mengaku kematian pasti datang bagi setiap jiwa, tetapi kamu masih tidak bersedia untunya.

Kamu menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi kamu lupa akan keaiban diri kamu sendiri.

Kamu menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudaramu seislam, tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.

p/s: fikir-fikirkan lah.

Tuesday, February 3, 2009

Awasi Pandangan Mata

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman "Hendaklah mereka menahan pandangannya, menundukkan pandangan.." (An Nur ayat 30)

وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ

Katakanlah kepada orang perempuan-perempuan yang beriman "Hendaklah mereka menahan pandangannya, menundukkan pandangan.." (An Nur ayat 31)

Ayat ini adalah sebagai suatu perintah dari Allah secara khusus kepada mata.Tindakan yg kita perlu buat ialah membacanya ayat ini berulang kali sehingga masuk kedalam Akal (otak) dan seterusnya memikirkannya sehingga masuk kedalam hati.


Bila ayat ini telah masuk kedalam hati (Raja), bila mata melihat perkara yang tidak betul

spt contohnya. bila depan PC tiba ternampak/lihat makcik tak pakai baju atau kakak -kakak yang pakai baju adik-adiknya (Ketat macam sarung nangka...) dll maka Hati akan hantar SMS ( sebab dalam hati sudah ada info ayat tadi) supaya otak ambil action kepada anggota yang berkaitan sebagai contohnya jari supaya klik close, mata supaya tunduk atau mulut mengucap istighfar. Maka ini lah menafaat ayat tersebut membetulkan penggunaan mata


Sebaliknya jika kita tidak membacanya ayat ini (bahasa arabnya - ada aura tersendiri, bukan terjemahnya) kerana antara sebabnya 2 M (Malas atau Mualaf jr/sr - baru masuk islam)

mata kita akan menjadi mata derhaka atau membacanya hanya sampai diotak sahaja, juga tiada tindakan apa-apa terhadap bencana penglihatan tersebut. Hanya apabila sudah berada dihati maka adalah tindakkanya itu pun jika hati tidak dikuasai oleh dua benda nafsu/syaitan Semuga ada baik nya...


Note: komen ini tidak tidaklah tepat tetapi ayat tersebut memanglah tepat.


Tuesday, January 20, 2009

Ayat-ayat Al Quran untuk diamal

  1. Untuk elak suami/isteri dan anak-anak bergaduh“Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.” (Surah Al-Baqarah ayat 102)


  1. Anak-anak pandai belajar

“Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu.” (Surah Al-Anbiyaa’ ayat 79)


  1. Anak-anak lembut hati / elak panas baran

“Kami berfirman: "Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim! "” (Surah Al-Anbiyaaa’ ayat 69)

“Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya. Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Al-Hasyr ayat 22-24)


  1. Anak-anak malas sekolah

“Taa' Haa. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah. Allah. (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.” (Surah Taha ayat 1-5)


  1. Ayat pendinding

“Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar."” (Surah At-Taubah ayat 129)


  1. Bagi anak-anak yang suka keluar malam

“Hendaklah kamu (wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertaqwalah kamu kepadaNya; dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna; dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik.” (Surah Ar-Ruum ayat 31) Baca 33x.


  1. Untuk menjadi pendinding rumah, baca Surah Al-Baqarah dan tiup pada air dan renjis keliling rumah.