Friday, August 14, 2009

oh dunia....


oh dunia..
penuh dengan tipu daya..
ada yang gembira, dan ada pula yang berduka,
hakikatnya hidup ini,
hanyalah kehidupan sementara.

wahai insan yang alpa,
lihatlah dunia...lihatlah kebesaran Yang Maha Berkuasa,
langit tanpa tiang, bulan, bintang dan matahari tanpa bergantungan,
betapa hebatNya kekuasan Yang Maha Pencipta.

oh dunia..
tempatmu ini hanyalah persinggahan..
jambatan menuju kealam yang kekal.
ingatlah..tempat ini hanyalah persinggahan,
persinggahan semata-mata.

wahai insan yang alpa,
janganlah kita ditipu dan tertipu,
kehidupan yang sementara ini,
tiada apa yang perlu diusaha,
melainkan Iman dan Amal.

oh dunia...bagimu
penjara untuk orang mukmin,
dan syurga bagi orang kafirin.

kehidupan dunia hanyalah sementara..
kehidupan akhirat adalah kekal abadi...
selama-lama-lamanya...
selama-lama-lamanya...
selama-lama-lamanya...

No comments:

Post a Comment