Wednesday, January 6, 2010

Allah tempat meminta

Waktu anak2 saya masih kecil biasanya selepas selelsai solat mereka akan duduk di sekeliling saya. Anak yang paling kecil akan duduk di atas riba, yang lain akan berebut tempat yang paling dekat dengan ibu…..suasana yang begitu manis dalam kehidupan seorang ibu. Kami akan berdoa bersama2 dengan bahasa mudah yang boleh difahami anak kecil. Adakalanya mereka bergilir membaca doa. Biarlah mereka tahu bahawa Allah itu adalah tempat mengadu dan meminta apa saja. Biarlah mereka tahu mereka tidak sendirian kerana ada Allah yang memerhatikan dengan penuh kasih sayang. Setiap pemberian Allah itu perlu disyukuri.

Anak kelima saya yang bernama syakirah, mungkin sesuai dengan namanya, apabila tiba gilirannya berdoa akan menyebut “Terima kasih Allah bagi syakirah rumah ni, terima kasih bagi baju ni, terima kasih bagi gula2 ni, terima kasih bagi penyangkut baju, terima kasih bagi tingkap ni…….” Segala yang nampak disekeililngnya akan disebut dalam doa dan abangnya2 akan gelisah menunggu bila dia hendak berhenti.

Selesai berdoa mereka akan berebut2 masuk ke dalam telekung ibu.

Suatu hari saya memarahi anak bongsu yang berumur 4 tahun yang terlalu susah disuruh makan. Badannya yang kurus melidi membuat saya risau dan saya tidak menyangka dia faham dengan kerisauan saya. Diam2 rupanya dia menyorok dalam almari. Dari luar saya mendengar suara halusnya, “Allah….O Allah….bagilah hanif boleh makan, boleh tak Allah? Bolehlah, ye….ibu sedih hanif tak makan, Bagilah hanif boleh makan, ok, Allah?…kesian ibu. Bagilah ye, ok Allah? Oklah Allah….bye.bye Allah.”

Doa si kecil cukup membuat saya terharu kerana dia sudah dapat menghayati erti Allah tempat meminta.

Kini sikecil itu sudahpun berumur 12 tahun dan membesar dalam suasana yang membuat dia perlu berdoa setiap kali menghadapi maslah. Usia awal ramaja yang sedang mencari identiti diri. Saat2 yang paling genting, penentuan ‘mindsetting’ yang betul untk kehidupan seterusnya. Ibubapa tidak boleh terlalai mendekati mereka melalui komunikasi. Silap komunikasi akan membina jurang perhubungan dengan anak.

Baru2 ini semasa kami berbual2 tentang dia dan temannya2 dia berkata. “Betul kata ibu, kalau doa kita Allah tak makbulkan Allah akan gantikan dengan yang lebih baik. Banyak benda yang mula2 hanif kecewa tak dapat, tapi lepas tu Allah bagi macam2 yang Hanif tak sangka langsung. Hanif cuba bersabar je bila orang buat tak baik pada hanif. Lepas tu Hanif akan dapat ganjaran lain.”

Kini si bongsu baru saja memulakan kehidupan di asrama tanpa ibu di sisi. Semalam kami sekeluarga menghantarnya untuk memberi semangat padanya. Biar dia tahu dia ada keluarga yang sangat menyayanginya. Memang sangat berat berpisah dengan anak. Sebelum ini sudah 5 kali saya lalui suasana sebegini. Namun demi masa depan anak, saya terpaksa merelakan pemergiannya. Dengan penghayatan Allah tempat meminta yang ditanamkan sejak kecil, saya cuba meyakinkan diri bahawa si bongsu ini boleh hidup berdikari selepas ini walaupun selama 12 tahun hidup tidak pernah berjauhan dari ibu.

Saya berpesan padanya,

“Hanif, dalam keadaan apa pun, ingatlah Allah. Allah tempat meminta. Ibu tak boleh bagi apa pun pada Hanif kecuali dengan izin Allah. Tapi Allah tak perlu minta izin pada ibu kalau Dia hendak memberi. Allah saja tempat kita mengadu. Ingat, Allah tempat meminta…”


credit to martinelli


2 comments:

  1. subhanallah... bagusnya anak-anak tuan.
    Alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. bukan anak ana tuan...tu anak si penulis.
    doa

    ReplyDelete